SOLAT 5 WAKTU
".....MERUPAKAN CARA KITA MENYAMPAIKAN RASA BERSYUKUR KEPADA ALLAH YANG MENGURNIAKAN SEGALA NIKMAT DAN KECAPI...."
JIKA DI ABAIKAN
SESUNGGUHNYA KAMU ADALAH TERMASUK DI KALANGAN MEREKA YANG TELAH DIBERIKAN ALLAH KEBAIKAN,IAITU NIKMAT YANG BANYAK,TETAPI TIDAK PANDAI BERSYUKUR...."
SOLAT:
FADHILAT DAN AZAB
Adalah disebut didalam hadis bahawa ALLAH SWT telah menganugerahkan 5 kurnia atas seseorang yang menjaga solatnya iaitu:
1) dimurahkan rezekinya
2) selamat dari azab kubur
3) pada hari kiamat menerima buku catatannya dari tangan kanan
4) melintas titian siratul mustaqim sepantas kilat
5) masuk syurga tanpa hisab
Bagi yang melengah-lengahkan solat akan menerima 5 azab didunia,3 semasa mati dan 3 di Padang Mahsyar
5 azab didunia
1) kehidupannya tidak dirahmati
2) kehilangan nur pada wajahnya
3) tidak menerima pahala bagi amalan baiknya
4) doanya tidak dimakbulkan
5) tidak dapat bahagian dalam doa orang-orang soleh
3 azab ketika menghadapi Sakratul maut
1) mati dalam keaadan aib
2) mati dalam kelaparan
3) mati dalam keadaan yang sangat dahaga
3 azab didalam kubur
1) dihimpit tulang rusuknya oleh kubur hingga berselisih tulang
2) kuburnya dipenuhi api dan dibakar siang dan malam
3) Suja'ul akra terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul mayat akan terbenam kedalam bumi beberatus hasta,lalu dikeluarkan kembali dengan kuku besinya lantas ditanya kembali dan dipukul lagi sehingga hari kiamat.
3 azab dipadang Masyhar
1) dihisab dengan keras
2) Allah murka kepadanya
3) dicampak ke api neraka
Labels: SOLAT 5 WAKTU


0 comments:
Post a Comment